PENGENALAN
Kini terbukti inovasi dalam industri sangat penting bagi mana-mana negara seluruh dunia. Peluang pekerjaan meningkat untuk bakat dan kemahiran baharu selaras perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
​
Kemahiran baharu diperlukan untuk era IR4.0 lebih menjurus trend automasi dan pertukaran data semasa dalam teknologi pembuatan serta perkhidmatan berkaitan dengannya.
​
Kebolehpasaran graduan era IR4.0 bukan sahaja menekankan pengembangan kemahiran berfikir dan teknikal tinggi, malah turut menekankan pentingnya memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi digital.
​
Malaysia sangat bertuah kerana kesedaran intelek dan pendidik terhadap pendidikan teknikal serta vokasional tercetus sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan menghasilkan program pendidikan teknikal berimpak tinggi, hasil kesedaran dan wawasan pemimpin negara yang mampu melihat keperluan itu pada masa hadapan.
​
SUMBER : BERITA HARIAN
Manfaatkan semua peluang, sentiasa kreatif
Peluang pada era Industri 4.0 adalah umpama emas yang bertaburan di jalanan, hanya menunggu siapa yang datang mengutipnya. Dengan Industri 4.0 menekankan misalnya aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani menghadap risiko.
IR4.0
SUMBER : UMP NEWS
Cipta Teknologi Baharu Persiapan Mahasiswa Berdepan IR4.0
27 September 2019
Kuantan, 24 September - Sejak tercetusnya Revolusi Perindustrian keempat (IR 4.0) pada pertengahan tahun 2016 dengan membabitkan teknologi automasi, bermulalah cabaran baharu dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara. Ianya menuntut perubahan semua pihak seiring transformasi digital agar dapat terus kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan dunia moden, memandangkan ianya bakal memberi kesan langsung kepada masa depan dunia pekerjaan kini.
Teknologi robotik, objek rangkaian internet (IOT), kepintaran buatan (AI), data analitik, pemprosesan imej, perisian, sistem komunikasi mudah alih, percetakan tiga dimensi (3D), keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital antara elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem sedia ada.